koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 10 May 2012
ADA RAHSIA DI SEBALIK WAJAH ITU
Wajah itu... ,
di sebalik wajah itu
tersimpan seribu satu rahsia
yang cuba disembunyikan
dari pandangan mata
yang terpesona bila memandangnya
yang terfana bila menatapnya
dengan seribu kemanisan menguntumkan senyuman
terukir indah di wajahnya yang mempersona
wajah seorang gadis peranakan JepunMelayu
yang bermati-matian
cuba melindungkan rahsia peribadinya ... ,
rahsia di sebalik kemanisan wajahnya
wajah seorang gadis kacukan jelmaan sakura
tersimpan kemas ... tersisip rapi rahsia hidupnya
di sebalik wajahnya yang manja dan jelita.
ss/spl/pm ... 10/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment