koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 15 May 2012
GAGAL DALAM BERCINTA
Gagalnya aku
dalam mengatur gerak memimpin langkah
menyusun jejak bersaksikan bintang kejora
mengintai restu berpaksikan mahkota sang juara
mendaki tinggi puncak rindu kayangan cinta
menyelusuri lembah paluan halilintar yang menggila
mencari cahaya yang disirnakan dek ribut asmaradana.
Sedangkan aku
telah mengatur gerak mengikut langkahannya
telah menyusun jejak mengikut bintangnya
telah mengintai restu berpaksikan mahkotanya
telah mendaki puncak mengikut tinggi kerinduannya
telah menyelusuri lembah berpalukan halilintarnya
telah mencerna cahaya yang tersirna dek ribut asmaradananya.
Namun kenapa?
Kegagalan masih tetap menjelma
walaupun segala persediaan telah kukawal dalam kesediaannya.
Kenapa? ... , kenapa?
ss/spl/pm ... 15/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment