Cerpen bersiri bab 2
Kenyataan Di Alam Maya:
“Jo...Johan, sabar ok...sekeras-keras hati wanita akan lembut juga
nanti bila Jo berlembut dengan dia...unpama kerak nasi...kerasnya akan
lembut apabila direndam air lama-lama...” ujar Murad kepada Johan
apabila Johan menceritakan kepadanya tentang perselisihan paham antara
dia dengan Zubaidah... ,
“Kau kena banyak bersabar dengan dia...jangan berkasar
sangat...mungkin dia kepenatan dengan kerenah anak-anak dan keletihan
dengan kerja-kerja rumah yang banyak...mana lagi nak memasak dan
membasuh, mengemas rumah dan sebagainya...mungkin dia tertekan...” ujar
Murad lagi memberikan pandangan ikhlasnya kepada Johan.
“Ya! Aku tahu tu Murad...aku tahu bukannya senang nak jadi suri
rumahtangga sepenuh masa ni...tapi...aku benar-benar tertekan dengan
kerenah dia...leterannya semakin hari semakin menjadi-jadi...semakin
menggila...” ujar Johan... ,
“Hari ini tuduhannya semakin melampau...dia tuduh aku ada perempuan
lain di luar sana...kerana itu aku selalu balik lewat saban
hari...kononnya aku berjumpa perempuan lain di belakangnya lepas waktu
kerja...” ujar Johan lagi mempertahankan dirinya sendiri... .
“Betul ke?...” tanya murad... “Maksud aku...betul ke kau tak jumpa
perempuan lain...” terang Murad akan maksud pertanyaannya... .
“ Kau gila Murad...mana ada aku ada perempuan lain...apatah lagi nak jumpa sembarangan...” ujar Johan... ,
“Aku selalu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas...tu sebab aku
selalu balik lewat...lagi pun bukannya kau tak tahu keadaan lalu lintas
di Jalan Pudu tu...setiap hari boleh mendatangkan hati yang panas...”
ujar Johan lagi... ,
“Dahlah penat memandu dalam kesesakan ditambah stres dengan kerja
yang tak pernah surut...semakin lama semakin menimbun bebanan
kerja...alih-alih!...balik rumah kena sembur...dituduh yang
bukan-bukan...kalau engkau pun akan rasa marah Murad...naik angin!!...”
ujar Johan semakin hanyut dengan luahan hatinya... .
“Ya...aku paham Johan...sabarlah ya...kita ni lelaki kena pandai
memainkan peranan kita...jangan diikutkan kemarahan di hati tu...semakin
kau marah...semakin porak peranda rumah tangga engkau nanti...kalau
kau berlembut aku pasti isteri engkau nanti akan paham lambat
launnya...” ujar Murad mententeramkan hati temannya itu... ,
“Ni aku nak tanya engkau ni...engkau dah makan malam belum ni?...”
tanya Murad kepada Johan...yang dia sendiri pasti jawapannya ‘belum’
dari Johan... ,
“Belum Murad...sebutir nasi pun aku tak masuk dalam tembolok aku
lagi...” jawapan ikhlas dari Johan...yang tiba-tiba terasa perutnya juga
menyahut memberi jawapan pada pertanyaan Murad itu...berbunyi-bunyi...
“Kelaparan kot cacing-cacing dalam perut aku ni...”bisik Johan di
dalam hatinya... .
“Pergilah makan dahulu sebelum tidur...nanti perut engkau masuk
angin...sakit...engkau juga yang susah nanti...jangan diikutkan hati
tu...ikut hati mati sahabatku...” pesan Murad kepada sahabatnya... ,
“Aku pun nak ‘offline’ dah ni...lewat benar dah...jam pun dah 2 pagi
ni...mengantuk...esok nak pergi kerja lagi...pergi makan ya
sahabatku...” ujarnya...lalu perbualan mereka secara maya termati di
situ...kerana dia tahu Johan pasti tidak akan membalas lagi perbualan
mereka...bila dia katakan yang matanya amat mengantuk... .
Johan yang telah mematikan laptopnya tadi kini telah pun berada di
dapur rumahnya...dia membuka periuk nasi dan melihat jika ada nasi lagi
ke untuk dia mengisi perutnya... “Ah” gerutunya...periuk nasi
kosong...tiada sebutir pun nasi di dalam periuk itu...dibukanya pula
peti ais...mana tahu ada lauk lagi yang disimpan di dalam peti
ais...boleh juga dia mengisi perutnya dengan makan lauk sahaja...tapi
sayang tiada apa di situ...yang ada hanyalah air sejuk di dalam
botol-botol yang tersusun di dalam peti ais tersebut... ,
Kesian Johan...tiada apa yang dapat dilihatnya yang boleh mengisi
perutnya yang semakin memulas kelaparan...lantas dia mengambil gelas dan
menuang air sejuk dan meneguk dengan perlahan-lahan...dari segelas ke
segelas...harapannya semuga dengan air sejuk itu dapatlah dia menahan
kelaparannya... .
Mengalir airmata lelakinya kerana tak sangka sampai sebegitu
tindakan Zubaidah terhadapnya...sanggup membiarkan dia kelaparan setiap
malam...tidak seperti mula-mula mereka berkahwin dahulu...makan
minumnya sentiasa dijaga rapi oleh Zubaidah...walau lewat pulang dari
pejabat...Zubaidah pasti menanti dia untuk makan malam
bersama-sama...setelah makan bersama mereka akan duduk bersembang di
hadapan telivisen sambil meneguk air kopi yang dihidangkan oleh
Zubaidah... .
Kenangan hanya tinggal kenangan...semakin hari semakin menjadi-jadi
sikap Zubaidah yang tidak memperdulikannya lagi...makan minum dan
pakaiannya...dia yang uruskan sendiri...kadang-kadang Johan hampir
terlelap ketika memandu ke pejabatnya setiap pagi...mujurlah tidak
kemalangan...akibat dari kelaparan yang terpaksa dia tanggung sehingga
sampai ke pejabatnya...kerana takut lewat ke pejabat kalau dia singgah
bersarapan di mana-mana warung tepi jalan...dan ada juga sekali...dia
tertekan break secara mengejut dan hampir dilanggar kereta-kereta di
belakangnya di perhentian lampu isyarat lalu lintas...kerana
menyangkakan lampu hijau telah pun bertukar kepada merah akibat matanya
yang hampir mahu terlelap... .
Kesian Johan...setiap hari dengan perut kelaparan dia memandu kereta
menempuh kesesakan lalu lintas ke pejabatnya...sehinggalah satu hari
bosnya memanggil dia mengadap di dalam bilik bos... ,
Bersambung di bab ke 3... .
No comments:
Post a Comment