koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 11 May 2012
RINDU TAK TERUCAP
Bila rindu datang lagi
kata bicara tak terucap di bibirku ini
hanya linangan airmata mengiringi
keresahan di lidah sanubari
kedukaan di minda kian menyepi
kesedihan di jiwa semakin kurasa sunyi
meratap berhiba kerinduan kutangisi
mengulit iri kalbuku terasa sedih sekali
menarikan tarian inang gemala dewi
berselokakan zapin bersenandung sepi
menyelubungi duka kelukaan di hati
tersungkurnya jiwa tersembam daguku ke bumi.
Bila rindu tidak terucap lagi ... .
ss/spl/pm ... 11/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment