koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 14 May 2012
SONATA SEMUSIM CINTA
Sonata semusim cinta
kekal berona kekal beraroma
bernuansakan semusim cinta kita
tetap memahat akan perbezaan carta cerita
rupa dan beza hikayat kesahnya
membelai resah penuh derita dan cinta
membawa maksud tersirat di sebalik sonatanya.
Sonata semusim cinta
ada drama dalam drama
ada sketsa dalam sketsa
ada opera di dalam opera
ada cahaya di sebalik cahaya
ada maksud di sebalik maksudnya
ada pelangi di sebalik pelangi cinta
yang menyirnakan sebuah legenda
legenda cinta kita
legenda semusim cinta bersama
legenda sonata semusim cinta.
Sonata semusim keabadian cinta kita berdua.
ss/spl/pm ... 14/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment