koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 8 May 2012
DEBUNGA-DEBUNGA LALANG
Bayu menghembus
sepoinya bahasa
membelai di jiwa
yang berdebuan nista kota
indahnya kurasa desaku tercinta
jiwaku bahagia sentiasa bersyurga.
Bayu menghembus
menyapa wajah dedaunan lalang
di langit senja temaram
yang turut menyapa hiba perasaan
akan dedebunga di pandang
berterbangan seakan menari girang
bergemalainya tarian
mengasyikan dan menakjubkan
keindahan alam diciptakan Tuhan.
Di sini aku rasai kebahagiaan.
ss/spl/pm ... 8/7/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment