koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 11 May 2012
SI YATIM ITU
Sajak ini khas untuk anakkandaku Ieda Hudaa Mohd Ali
SI YATIM ITU
Si yatim itu bukanlah kamu
yang dipandang sepi
dihina dan dicaci
kerana dirimu masih ada yang menyayangi
dan masih ada yang sudi mengasihi.
Ya Ieda! Kamu memang anak yatim
setelah kehilangan ayah kamu yang tercinta
lebih 43 hari yang lalu
dengan hiba yang meruntun di jiwamu yang pasrah
tapi tidak bermakna kamu kehilangan kami
teman-temanmu yang amat mengasihi
dan amat setia kepadamu
terutama aku ... ayahkandamu
gelaran yang engkau panggili aku
yang teramat ... teramat-amat menyayangi dirimu.
Ieda ... percayalah ... doa seorang anak yang baik
akan mengiringi perjalanan suci
almarhum ayahmu nanti
menujui ke negeri akhirat bersyurgawi
seperti yang telah dijanji oleh Ilahi.
Bersamalah kita ... bersama-samalah kita
membaca surah Al-Fatihah buat santapan rohnya yang abadi.
Al-Fatihah ... .
ss/spl/pm ... 11/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment