koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 15 May 2012
SELAMAT HARI GURU:~GURU CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG~
Guru
jasamu kukenang
baktimu kupegang
ikhlasmu kusandang
dalam memberi ruang dan peluang
asuhan dan didikan
melentur dan membentuk anakanak bangsamu
hingga ke puncak pembelajaran.
Guru
setiap jasa yang kau hidangkan
menjadi pemangkin kepada anakanak bangsamu
untuk menuju ke puncak kecemerlangan.
Guru
setiap bakti yang kau luahkan
menjadi pembakar semangat anakanak bangsamu
untuk mencapai puncak kegemilangan.
Guru
setiap kejayaan yang kau lahirkan
menjadi bukti segala keikhlasan
dalam mendidik, membentuk dan mengasuh anakanak bangsamu
demi menggapai puncak yang terbilang.
Guru
kaulah pemangkin berwawasan
kaulah penyandang keluhuran dalam kehidupan
yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Terima kasih yang tidak terucap
yang mampu kulakarkan kepadamu
guruguruku dan para pendidik sekelian
dari lubuk hatiku dengan niat sepenuh kasih dan sayang.
ss/spl/pm ... 15/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment