koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 13 May 2012
MENGANTUK
Alahai mata
alahai sayang
aku pujuk kau mata
aku pujuk engkau sayang
janganlah engkau lena
kerja aku tak siaplah nampaknya
kalau asyik begini jadinya
ternguap-nguap sahaja
mulut ternganga
nampak anak tekak di ruangan mata.
Aduhai sayang
aduhai mata
aku pujuk kau sayang
janganlah kau lena
tak pasal-pasal aku yang kena
bos nanti akan menyinga
tiada belas kasihan nanti yang aku terima.
Alahai mata ... aduhai mata.
ss/spl/pm ... 13/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment