Sunday, 20 May 2012

'RELOAD'


Haruskah
menjadi seorang yang pengecut
berurat nadi belerang kentut
hanya berani mencuri jerut
bila mata tidak berpaut
hanya mengguna tali barut
padahal diri sendiri yang mencari maut.

Haruskah
membaling batu sorok tangan
menyorok di belakang orangorangan
selepas racun kentut engkau sebarkan
bisa ular menjadi santapan
mencari mangsa yang tiada berkesalahan
membalas dendam di sebalik awangawangan.

Bacul ... dasar pengecut
temantemanku yang engkau carut
memang sengaja nak cari maut
ikat tali ... leher sendiri yang engkau jerut
bukan sebarangan orang yang engkau cuba regut.

'Reload ... Reload'

ss/spl/pm ... 20/5/2012.

No comments:

Post a Comment