koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 10 May 2012
JARUM : Gema Suara Dari Lautan yang ini
Seringkali terdengar gema suara dari lautan yang ini
berdondang sayang melagu tomahan buat si pantai putih
menceritakan tentang itu ini dan itu ini : hanyir baunya
dan gelora yang beralun mengikut naluri nafsu
merangsang angin-angin senja itu
memacu telunjuk memanggil pengaruh
di sisi alam yang tidaklah bodoh, difikirkan sebegitu rupa?
sebegitupun ombak mencanang riuh
ke dataran jua menjadi buih
sedang...
anak-anak nelayan si pantai putih
menjeling sinis senyumannya menyindir
menyambut 'suara dari lautan yang ini' yang itu
isinya tin kosong, lompong dan lohong
aduhai kasihan ... .
Jauhari masih mengenal manikam
walau di tanganmu jarum tajam.
.
Angah Arie
@Hujung pena, Seremban
17032012 22:20
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment