koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 16 May 2012
PAHAT MASIH LAGI BERBUNYI
Hilang di mata tidak bermakna dighaibkan dari penglihatan
hilang di mata mungkin kerna telah dibuang dari tatapan
tidak perlu pertelagahan dipanjangpanjangkan
hanya menambahkan permusuhan dan persengketaan
buangkanlah sifat yang keroh dan jangan pula racun terus disebarkan
bukalah lembaran putih dari hati kehitaman
datangkanlah pula sifat berkasih sayang dari jiwa ketenangan
hapuskanlah perasaan riak yang masih bergelandangan di fikiran
kerana tiada keindahan dari sifat permusuhan
tiada kelansingannya dalam menegakkan benang yang kebasahan
jangan pula sampai menang sorak kampung digadaikan
seumpama rumah yang telah siap diperapicantikkan
tapi pahat masih lagi berdendangan kedengaran.
Jangan jadi si Kitul berhasrat dengki berhatikan syaitan
sehinggakan todak melanggar pantai hendak ditahan dengan badan
hanya menambahkan kebencian sesama insan.
ss/spl/pm ... 16/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ku hanyutkan segalanya tahu
ReplyDeleteagar diri ku gagal menggangu
di sebalik segala tahu
biarlah aku terus dunggu
walau terpaksa aku menunggu
biarlah aku terus terasa pilu
walau aku sungguh ngilu
menahan pedihnya sembilu
namun allah harapan ku
di dalam tenang aku melagu
lagukan rayu mendayu
terima kasih kerana sudi mengikuti blogku ini...dan terima kasih akan puisi indahmu...assalamualaikum
ReplyDelete