koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 15 May 2012
MENCARI SURIA CINTA
Aku terpaku di sini
menatap keindahan sang mentari
di sebalik langit senja temaram yang berdaki
sunyi dan sepi tiada berpenghuni melewati
berbekalkan sebak yang menguntum di dada
sebu yang berona di jiwa
dan syahdu yang membelenggu minda
menangisi akan noda dan dosa
dihina dan menghina
dicaci dan mencerca semula ... ,
mencarut dalam bernada
yang telah lama bersebati dan berdaki di jiwa
melekat tabu di kalbu yang hina lagi dina
menunggu masa dan saatnya pasti dipanggil mengadap oleh Sang Pencipta.
Ketika itu suria cinta tiada akan bermakna lagi.
ss/spl/pm ... 15/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment