koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 14 May 2012
KERDAP TIDAK TERLUS
Antara kelam dan hitam yang berwarna
di situ ada kerdapan tanpa bicaranya
yang tidak terbocor akan bunyinya
yang sentiasa tidak kedengaran kebingitannya
yang sentiasa terkerdap nada kebisingannya.
Antara dinding dan lantai pula
di situ terkerdap akan irama lagunya
yang hanya berona di sekitar ruangan lantainya
yang hanya mengilai di kawasan tertentunya
yang tidak tertembus dinding membataskan kudratnya.
Antara kita berdua ada juga kesamaannya
ada kerdapan membelengu irama kita
tidak terluah dengan kata-kata
tidak terbisik dengan bisikan manja
tidak terucap dengan manisnya ucapan cinta
hanyalah tintamaya menjadi keutamaan rindu di dada.
Hanya keterlusan hati menembusi kekerdapan jiwa.
ss/spl/pm ... 14/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment