Saturday, 6 September 2014

DINGIN SEPTEMBER


Dingin September
el nino kembali menghampiri
wajah laut berubah
suhu bertekanan tinggi.

Di daratan tekanan rendah
dibawa hujan di petang Zulkaedah
kebasahan ubun yang resah
gema bersin bersahutan desah.

Namun jerebu mengintai ruang
mencari titik terbuka peluang
tembusi sempadan leka
manusia-manusia dikenyit haloba.

Dek kerana gigil belaian dingin
pembakaran hutan sengaja direka
ujub tangan-tangan durjana
alasan inginkan haba.

Asap pasti berangkara
tidak berhenti di titik bermula
angin akan menyekutui
hembusan akan menerobosi.

Dingin September akan celaka.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
06/09/2014.

No comments:

Post a Comment