koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 8 September 2014
(Rubai) HIDUP BERMASYARAKAT
Adanya aku ingin berpesan
kepada semua bernama insan
berbaik sangka sesama kita
itulah bukti hidup berikhsan.
Jangan sengketa bangga di hati
usah bermusuh kita pedati
menyemai budi kita amalkan
barulah hidup Allah berkati.
Dalam dunia usah berkira
sayang sesama bagai saudara
hulurkan tangan saling berbakti
hidup bersama di dalam lara.
Hulurkan tangan ringankan tulang
beban digalas susah dipalang
beri-memberi kita amalkan
saling beruntung dibawa pulang.
Hidup toleransi masyarakat sentosa.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
08/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment