koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 7 September 2014
(Rubai beralegori) JIKA SUDAH BERKASIH SAYANG
Kasih sayang harus berbalas
semai di hati rindu bergalas
jadikan Taj Mahal sebagai bukti
cinta dipadu berbumbung ikhlas.
Walaupun jauh beribu batu
cinta yang lahir tetap bersatu
sepertinya cinta Raja Shah Jahan
kepada Mumtaz cinta si Ratu.
Semat di hati tetap di jiwa
pesanan ini usah diambil lewa
biarlah jasad dimamah tanah
Taj Mahal utuh ke hujung nyawa.
Biarlah sampai ke pintu jannah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
07/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment