koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 7 September 2014
(Rubai berbentuk Alegori) ISTERIKU
Engkau isteri yang aku cinta
telah bersemayam di atas tahta
setia di sisi sebagai permaisuri
kepada raja Taj Mahal tercipta.
Pada dirimu segalanya dipinta
negeri jajahan beristana kota
jatuh - bangun rela kauhadam
aibku kautelan di pejaman mata.
Isteriku yang aku sayang
siang malam sentiasa terbayang
walau jauh hilangmu dari mata
sikitpun tidak mendatangkan goyang.
Setelah lama berumah tangga
ribut taufan datang berlaga
tidak goyah menyembah bumi
istana teguh kaubela berjaga.
Kepadamu isteri nyawa kuhidang.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
07/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment