koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 22 April 2012
Berputik Rindu Di Dermaga Cinta Kasihmu
Berputik rindu di dermaga syahdu
mengolah sendu kujadikan lagu
berirama nan syahdu...syahdu yang pilu
bernadakan lagu baitnya rinduku terhadapmu.
Aksara cintaku bernada di hatimu
mengalir resah berpandukan rindu
berpaksi kasih cinta yang satu
berpaksi sayang cintaku padamu.
Hanya padamu cintaku merindu
hanya padamu kuserahkan cintaku
semusim kasih di semaian kalbu
berputikkan rindu di teratak jiwaku.
Berbuahkan cinta, kasih dan rindu
manisnya medu semanisnya tamar senyumanmu
kupetik rindu di dermaga cinta kasihmu.
ssz/spl/pm...22/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment