koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 11 April 2012
KEMBARA OH KEMBARA
Kusangkakan hanya 'radiatorhose'
yang membuat angkara
lalu kutukarkan 'hose'nya
dan kuservise minyak hitamnya sekali
'semi sintetik' jenis minyaknya
yang harganya rm90.00 sebotol
nak pakai 'fuly sintetik'
harganya terlalu mahal pula
dalam kitaran rm190.00 sebotol 'sahaja'
dalam begitu kemurahan harganya
terpaksa juga aku membayar
sebanyak rm150.00 jumlah keseluruhannya
rabaklah juga rasanya.
Lalu bila siap sahaja kamu
dengan girangnya
kubawa kamu pulang semula ke rumah
tapi sesampai sahaja kamu di rumah
suhu 'radiator' kamu naik semula
lantas kubawa kamu semula ke 'workshope'.
Aduh...! 'Temperature' badan aku pula yang naik
kata 'pomen' 'casekade' kamu pulak yang buat pasal
dan yang menyebabkan 'temperature' aku semakin mencanak naiknya
harganya tu...harganya mencecah rm1000.00 pula, anggaran kata 'pomen'nya
aduhai lebam-lebam...aku yang lebam macam ni.
ssz/spl/pm...11/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment