Tuesday, 10 April 2012

BELAILAH AKU




Belailah aku
dengan sepenuhnya kasih sayangmu
agar bisa aku tenteram
di dalam nyenyak radu malamku ini.


Belailah aku
dengan penuh rasa keikhlasanmu
agar bisa aku damai
di dalam dengkuran yang tiada berlagu.


Belailah aku
dengan penuh rasa simpatimu
agar dapat aku rasai kembali
belaian dari kasihnya seorang ibu
yang membelai mesra bayi kesayangannya.


Belailah aku
kerana aku amat memerlukan
belaian darimu
belaian dari orang yang aku kasihi
belaian manja yang sejati.


Selamat malam kekasih-kekasih kesayanganku.


ssz/spl/pm...10/4/2012.



No comments:

Post a Comment