koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 6 April 2012
REZEKI PAK BELANG
Inilah resam kehidupan para peniaga
mencari rezeki dengan berniaga
mengharap sedikit untung untuk mengisi kantung.
Kalau musim hujan poket sedikit berisi,
kembung di kantung, mencongak-congak sedikit untung.
Kalau musim panas penuh dengan habuk
berkapuk-kapuk, di poket kekeringan; keringnya berlapuk.
Terkadang untung, kesyukuran dipanjatkan
memuji kebesaran Tuhan Yang Maha Penyayang.
Bila kerugian menampar ke muka
senak berhiba di dada, sebak menghantui; pemikiran melata
memohon ehsan dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Perniagaan bagaikan bermain buah catur
akan percaturan kehidupan sehari-harian.
Kenapa bila hujan..., beruntung?
Kenapa pula bila panas..., kerugian?
Itulah namanya rezeki Pak Belang yang kelaparan.
ssz/spl/pm...06/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment