koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 24 April 2012
PERSAMAAN PIRANHA DAN JERUNG DI DARAT
Kalau di laut jerung bermaharajalela
menelan apa sahaja yang di depan mata
hatta bangkai pasti tidak dilepaskannya
sekali ngap...!
Di dalam perut pasti tercerna.
Di dalam sungai pun ada juga
pemangsa yang membedal apa yang dimahukannya
tidak menolak apa yang dilempar kepadanya
sekali ngup...!
Tinggal tulang selangka.
Di darat juga ada jerung dan piranha
yang sentiasa mencari mangsa
merahnya mata bila amarah menjelma
menyedut darah...!
Dah jadi resmi lintah pula...itulah persamaannya antara mereka.
ssz/spl/pm...24/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment