koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 9 April 2012
SEMANGAT HUTAN KAYU
Aku seru namamu
wahai semangat penjaga hutan kayu
berdampinganlah denganku
belailah diriku
manjakanlah aku
agar tenang semangatku
yang selama ini terkulai layu
di dalam dakapan semangat hutan batu
dibadai rindu angin sembilu.
Aku seru namamu bertalu-talu
di hulu kali bertali arus yang menderu
semuga engkau mendengar permintaanku
wahai semangat penjaga hutan kayu
mendampingiku hanya sekadar waktu
buat pelepas kelesuan semangatku yang pilu
agar dapatku teruskan perjalananku
meniti denaimu yang satu
bersama semangat yang baru.
Segeralah engkau mendampingiku
wahai semangat penunggu hutan kayu
aku rindu belaian semangat jitumu.
ssz/spl/pm...09/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment