Thursday, 19 April 2012

CINTA SEUMPAMA LAUTAN YANG TIADA BERTEPI



Pergilah sayang
pergilah engkau kasih
ke mana sahaja yang engkau mahu
ke mana sahaja yang engkau hajati
tanpa halangan dan kekangan dari diriku.


Aku...! Aku usahlah engkau gusarkan lagi
kerana diriku sudah tiada bererti di hatimu lagi
diriku ini hanya akan menambahkan bebanan di hati
diriku ini hanya akan menjadi batu penghalang
akan apa yang engkau hajati selama ini.


Pergilah sayang
pergilah engkau...usah berpaling lagi
sesungguhnya tiada kekesalan di hati
seandainya...sebegini ketentuan dari Illahi
perhubungan kita akan berakhirnya...berakhir di sini.


Kerana bagiku cinta kita seumpama lautan luas yang tiada bertepi
seandainya ada jodoh di antara kita berdua...pasti kita akan bertemu semula.


ssz/spl/pm...19/4/2012.



No comments:

Post a Comment