koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 24 April 2012
IKATAN ALAM DAN MANUSIA
Seumpama ibu dan anak
begitulah ikatan alam dengan manusia
saling perlu memerlukan
lindung melindungkan
sayang menyayang
di antara satu sama dengan lain.
Alam yang telah tua
seumpama ibu kepada anak-anaknya
dan wajiblah kita sebagai manusia yang masih muda
seumpama anak kepadanya
untuk melindungi alam buana
dari segala kemungkaran tangan-tangan durjana.
Bila kita menyayangi alam...alam akan kembali
menyayangi kita dan melindungi kita dari bencana.
ssz/spl/pm...24/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment