"Abang Sam mana?" tanya Dino
"Sekolah" jawap Dino sendiri
"Ya" jelas Dino kembali.
"Abg Bob mana?" tanya Dino
"Sekolah" jawap Dino sendiri
"Ya" jelas Dino kembali.
"Kak Ngah mana?" tanya Dino semula
"Kak Ngah pun sekolah lah"
jawap Dino dengan nada yang agak tinggi.
"Aku nak jadi pokok lah" kata Dino
"Aku seorang pokok"
sambil berlari lari mengeliling pokok di halaman rumah.
"Dino buat apa tu?" tanya Mama
"Tak ada apa apa Mama" jawap Dino
"Dah...Dino masuk" teriak Mama
"Ya Mama"
jawap Dino sayu sambil menghayunkan kaki yang lesu.
Ketika itu Dino baru berusia tiga tahun
tidak tahu dan tidak mengerti erti kehidupan
dan tidak mengenali alam persekolahan
yang Dino tahu hanyalah kesunyian
menemani tangkai hatinya.
Kini setelah lima tahun berlalu
Dino semakin meningkat dewasa
ayah dan mama pula kesunyian
sering sahaja berseloka berdua.
"Dino mana ya Sayang?" tanya si ayah pada mama pula.
ssz/spl/pm...14/4/2012.
No comments:
Post a Comment