koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 24 April 2012
DEMI TEMBOLOK YANG PERLU DIISI
Lurah berlandai aku tempuhi
sungai bertebing aku redahi
demi mencari sesuap nasi
demi mengisi tembolok yang aku tanggungi
lautan dalam sanggup aku renangi
lautan berapi sanggup aku seberangi
asalkan dapat apa yang aku hajati
secupak rezeki untuk anak dan isteri
untuk kujadikan santapan sehari-hari.
Keringat yang jatuh tidak kutangisi
keringat yang jatuh tidak akan kutatangi
keringat yang jatuh sudah pasti bererti
apabila tembolok penuh terisi.
ssz/spl/pm...24/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment