koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 8 April 2012
HUJAN MEMBELAI KERINDUAN
Kudepangkan tangan
dan kusentuh rintikan hujan
menjadi peneman
di kala hatiku ditampar rawan kerinduan.
Hujan...,
rintik-rintikmu kurasakan, beralunan
berderaian di tapak tanganku, berguguran
mengiringi simfoni alam di jiwaku yang kegersangan
bertunas di mindaku, kesegaran
bertiupan kembali sebuah pengharapan.
Hujan...,
kau hadir ketika jiwaku dilambung kerinduan
yang telah sekian lama menanti dengan penuh harapan
akan belaian kasih sayang...sebuah mahligai impian.
Di ranjang kehidupan kudibelai kerinduan.
ssz/spl/pm...08/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment