koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 16 April 2012
HANCUR
Dinding hati terkopak
hancur ditendang rindu
rabak dan terkuak
hingga terlus
menampakkan isinya
yang membengkak di luaran
dan membusuk di dalamannya
hanya yang tertinggal
di sebalik hijab kenyataan
adalah sekeping kasih
yang tersisa
dan bakal basi keesokannya
dibuang ke longkang nafsu
sebegitu sahaja tiada ternilai gamaknya.
ssz/spl/pm...16/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment