koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 24 April 2012
SUNGAI KITA BUKANNYA SUNGAI ORANG
Sungai kita
keruh di kuala
terlebih keruhnya di muara
berlumpur di dasarnya.
Sungai kita
berbatu kapur
mengalir di belakang dapur
sampah dan ikan bercampur baur.
Sungai kita
kalau terusan begini
apa nak jadi
anak cucu tak kenali
mana satu sungai mana satu parit dan kali
nak mandi sungai pun dah tak rasa lagi
terjun tiruk dalam mimpi
sakit badan sakit kaki
rupanya terjun dari katil yang tinggi.
Sungai kita
kalau tak dijaga
dan juga dipelihara
nampaknya akan tinggal nama sahaja
kenangan berzaman untuk dicerita
anak cucu yang tak merasa.
ssz/spl/pm...24/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment