koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 18 April 2012
GELAKLAH
Kah kah kah...,
Kah kah kah...,
..., ..., ...!
Gelaklah
dan tertawalah
tertawalah semahu-mahunya hatimu
tertawalah sepuas-puasnya ragamu
kerana dengan tertawa
segala kerunsingan terhapus sama
dengan tertawa
segala sengketa akan melebur menjadi bara.
Kah kah kah...,
Kah kah kah...,
Kah kah kah...,
Gelaklah...gelaklah lagi
biarlah kita sama-sama tertawa lagi
hingga kering titisan noda di gusi
hingga hilang sengketa di hati...aman harmoni.
Kah kah kah...!
..., ..., ...?.
ssz/spl/pm...18/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment