koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 22 April 2012
aksara rinduku
aksara rindu
yang bermain di benakku
kini terlerai menjadi secuil manisan madu
berjuraian halus bersama manik-manik syahdu
beriringan bersama deraian airmata sendu
airmata dari telaga suci rinduku
yang kugubahkan teristimewa buatmu
menjadikannya sebuah lagu merdu
di malam segala keresahan kian membeku
dan menyatu...menjadikannya sebuah aksara rindu
yang terindah buat tatapan kalbumu
dan sebagai hantaran rindu
dariku...untukmu.
di paksi bumi ini aku pacakkan aksara rinduku terhadapmu.
...SPL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment