koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 21 April 2012
TEMAN HANYALAH TEMAN
Nak kata teman ni kacak...!
Idak ler rasanya teman
cuma yang ada hanyalah keramahan
dalam mengeratkan persahabatan
bermesra dalam berteman
tapi janganlah sampai anggap teman
sebagai hak mutlak macam barang kawalan
hanya nak kena menatap dan melayan
sampai teman tak boleh nak ke lain laman
hanya nak kena meneman dan melayan kemahuan
dan kehendak yang bermain dalam fikiran
yang rasanya teman tahu apa yang difikirkan.
Udahlah rimas pula rasanya teman
dan teman nak ingatkan
teman bukan barang milikan
cukuplah sekadar teman berteman.
ssz/spl/pm...20/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment