Tuesday, 10 April 2012

GURINDAM KASIH RINDU TERPENDAM




Indah bulan di langit kelam
bercahaya terang pentasan alam
membelai hati ingin bergurindam
bayangan silam datang menggenggam.


Bulan mengambang di waktu malam
cantik dipandang jiwa tenteram
merindu kasih hati berbalam
bila bersua terlerailah dendam.


Sedang asyik melayan gurindam
gurindam hati semakin kusam
tertumpu mata di tengah kolam
sepasang angsa sedang berendam.


Hati tersentuh semakin meragam
meragam pedih hasrat dipendam
bersilat di hati bersilat silambam
hasrat kupendam terpaksa kupadam.


Semuga nanti terlerailah segala yang dihadam.  


ssz/spl/pm...10/4/2012.



No comments:

Post a Comment