Saturday, 21 April 2012

JANTAN DAN BETINA




Sekilas ikan di laut
telah kutahu jantan betinanya
inikan pula ayam yang ada di darat
yang sentiasa bermain di mata
dan jinak pula kemanjaannya
hinggakan boleh dipegang dengan tangan
dan makannya pula
minta disuap dari telapak tangan.


Mungkin agak kasar
permulaan kata dari puisiku tadi
tapi itulah resmi dunia 'la...ni'
penuh dengan teknologi yang terkini
yang sentiasa minta dimanja-manjakan
dan mendambakan secubit kasih dan sayang
walau tidak pernah sekalipun bersua muka
hanyalah halaman muka buku ini
tempat berkongsi perasaan duka dan lara
baik yang bujang mahupun yang telah bersuami isteri
sebagai penghibur 'gelap' di kala kesunyian hati.


Tapi yang menjadi kemusykilan aku kini
ada lagi 'trend' yang terkini
yang tiada berjantina pula mahu dimanja-manjakan
aduhai...aduhai...! Aduhai dunia 'la...ni'.


ssz/spl/pm...21/4/2012.



No comments:

Post a Comment