koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 16 April 2012
BENJOLNYA DAHIKU
Sampai hati kau sayang
membaling batu sorokkan tangan
sesudah benjol baru kau datang
ingin merawat kebenjolan aku.
Pedih sayang
pedihnya yang amat...amat sangat kurasai
bukan sahaja kesakitan di dahi
malahan kesakitannya turut kurasai di hati.
Setelah apa yang aku lakukan untukmu
setelah apa yang aku korbankan untukmu
setelah segala-galanya aku jadikan milikmu
sanggup kau lakukan aku sebegini...,
bermain tarik tali akan perasaan...dan...,
kasih sayangku terhadapmu.
Sungguh teganya kamu sayang...!
ssz/spl/pm...16/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment