koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 13 April 2012
KEKASIH MALAMKU
Sepinya rasa malamku ini
tiada bulan dan bintang menemani
hanyalah kepekatan malam bersuasana sunyi
ditemani kelam hitam sang unggas bersembunyi.
Beburung sudah lama pulang ke sarang
hilang riuhnya hanyalah dengkuran berkumandang
sesekali terdengar kerincing kelawar berterbangan
mengejar kelkatu menandakan malam akan kebasahan.
Di malam kesunyian menghimpit sepi sebegini
aku masih lagi di sini menunggu dan menanti
menghitung pusingan waktu berlalu tidak berlari
menghitung rindu datang bertamu bagai ditikam belati.
Di manakah dia sang kekasih malamku itu
mungkinkah dia akan kembali ke pangkuan malamku
bersama meneroka suasana malam berkedinginan bayu
untuk kembali semula menghilang bila fajar datang menyeru.
ssz/spl/pm...13/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment