koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 21 April 2012
KASIH SUCI ILLAHI
Damai berjiwa
bersatu dan berpadu
mengalir dan juga meresap
bersebati
menjadi sebuah entiti
di segenap ruang angkasa
di waktu senja masih beronakan jingga
berpaksikan rindu...rindukan aman dan damai
di sebalik tirai malam
mula melabuhkan sayapnya
dan di kaki senja
yang masih bersisa baki ini
sayup kudengar
alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
menantikan azan menyapa tiba
menyapa hiba di dada
di setiap tangkai hati hambanya
yang punya rindu di dadanya...rindukan kasih suci dari Illahi.
Di sini...di senja indah ini
aku masih bersujud menantikan seruan Illahi.
ssz/spl/pm...21/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment