Sunday, 6 May 2012

KERAP SUDAH HATIKU KAU LUKAKAN



Maaf!
Aku bukannya boneka
untuk engkau permainkan
sesukanya
dan semahu-mahunya
kerap sudah aku beralah dan hatiku terluka
oleh permainanmu yang penuh pura-pura.


Apakah kau rasa seronok di jiwa
memperkotak katikkan perasaanku semahu-mahunya
bermula dengan putusnya cinta kita berdua
yang pernah kita kecapi nikmat bahagia
dan manisnya akan sebuah cinta
akhirnya engkau yang putuskan cinta
tanpa alasan dan sebab musababnya.


Kau sekat diriku
dari melihat dinding muka bukumu selama sepurnama
dan akhirnya kau pinta aku terima dirimu semula
dengan alasan tidak dapat melupakan aku
walaupun cintamu telah tiada.


Dan demi atas nama persahabatan
aku sambut salammu semula
walau berat hatiku terasa
namun dirimu kuterima seadanya
kerana tidak mahu dianggap
sebagai membalas dendam
di atas perbuatanmu yang bermuka-muka.


Tapi kini kau mulakan trompet gilamu semula
tanpa kewajaran dan sebarang alasan
engkau membuang aku dari persahabatan dan penglihatan
selama beberapa hari ini dirimu tidak kelihatan
malahan pencarian pun tidak dapat aku hubungkan.


Setelah beberapa hari baru hari ini engkau kelihatan
dengan status tambahkan sebagai rakan
kalau mahu membuat sebarang perhubungan
dengan dirimu ... itu sahaja yang dapat aku katakan
tanpa mahu memeningkan kepalaku untuk aku lakarkan.


Dengarlah!
Lafas yang akan aku nukilkan
aku sudah bosan dengan apa yang engkau kerap lakukan
sekejap membuang aku dan perhubungan persahabatan
dan kini engkau kembali dan mula kelihatan
mungkin nanti engkau akan meminta aku
menerimamu semula dengan pelbagai alasan.


Maaf!
Tak akan aku terima lagi sebarang alasan
yang dah lepas bagiku biarlah ianya dilepaskan
dan tataplah wallku ini semahunya hatimu yang engkau mahukan
kerana selepas ini ... aku akan menghilang dari penglihatan
dan pandangan matamu secara berkekalan.


Maafkan aku Kiah Zakiah.


Tanpa sebarang tanda tangan aku berikan.

No comments:

Post a Comment