koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 15 April 2013
Jangan kautangisi
Rangkak dalam gusar lemah
memaut dahan tanpa hisab
masih kejauhan ranting malam
tangis menghirup nafas luka
longlai setiap detik kulangkah
Di takungan kasih mengalir rindu
memutih kilauan cahaya suci
jernih mengalir menyapa hati
hadir kedamaian mengulit rindu
lengkungan indah memuja
kujaga, sejak mula bertemumu
Semalam, mengalir darah kehampaan
meresap segunung siksaan, kudiam
kutakung resah menadah iringan
menjagamu, tiada kesakitan
kelukaan tak tersinggah parah
jernih hembusan kaurasa
Jangan kautangisi
andai rebahku, di sisi.
Moyyu
15.4.2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment