koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 18 April 2013
Lubang Tikus: Dilema Sekolah, Guru dan Ibubapa.
Dilema Ibubapa:
:Setiap hari, tidak pernah culas
menghantar anak ke sekolah
di pintu hadapan ditinggalkan mereka
menuju masuk ke dalam sekolah, anak diharapkan belajar.
Dilema Guru:
:Laporan kedatangan murid, wajib
tidak kira waktu harus diambil setiap hari
bagaimana mahu mendidik, seandainya
anak murid yang hadir boleh dikira dengan jari.
Dilema Sekolah:
:Bukan beratus, tetapi
beribu Ringgit Malaysia telah berhabisan
untuk mengambus dan memperbaiki
lubang tikus yang beroperasi.
Namun lubang tikus tetap menghantui
walau dikawat, walau dikambus
lubang baru akan muncul kembali
lubang baru akan digali, tetap akan menghantui.
Dilema lubang tikus
bukan hanya ujud di era persekolahan
zaman ini.
ss/spl/pm ... 18/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment