koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 17 April 2013
Dalam dakapan rindu.
Pepohon gersang kemarau tiba,
tanah mengering terbit rekahan;
kupohon sayang kasih menyapa,
sebelum gering rindu tertahan.
Dedaun luruh patah dahannya,
jatuh ke tanah makan dek bubut;
hati tersentuh jiwa berkata,
rindu-rinduan acap disebut.
Kudakap rindu bersaksi malam.
ss/spl/pm ... 17/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment