koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 15 April 2013
~ dari mataku ~
dah 12 malam
di manakah
anak-anakmu
cucu-cucu kamu
yang masih berpelesiran
di luar itu
anak siapa
cucu siapa
saudara siapa
pastinya
tiada siapa peduli
anak-anak muda
yang masih perlukan
perhatian
perlukan didikan
malangnya generasi bangsaku
jika masih leka dibuai kemewahan ibubapa
kesempatan dari lemahnya kawalan keluarga
kelirunya aku.....
Jue Affendi
Pekan Semenyih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment