koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 15 April 2013
~~Cinta, harapan, kemaafan~~
Menghampiri
Mendekati
Menyentuhi
Lalu mengetuk dan mengintai...
Salam dihulurkan
senyuman dititipkan
tawa diselitkan
lalu madah dilagukan...
Tabir hati bergetaran
bidai jiwa terasa dihijabkan
putik kasih yang layu kembali bugar
kuntuman sayang kian memekar...
Aduh...
Apakah cinta bertandang lagi?
lantas keliru mendatangi
lantas akal tertanya kini
lantas perasaan cuba mencari
adakah ini kemahuan hakiki?
Ahhh!!!
Tiada ruang lagi di hati untuk dikoyak dan dicarik
tiada sudut lagi untuk air mata duka menitik
Tiada tempat di jiwa lagi untuk sebuah nisan dan kuburan cinta
Tiada menginginkan lagi untuk sekelumit derita...
Maaf...
Biar sendirian menghabiskan sisa nafas
dan cuba menghakis kenangan lepas...
...maaf kerna terpaksa mencatas harapanmu...
~Vivianurazura~ 15/04/2013 20:30 pm
Lumut,Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment