koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 15 April 2013
Permainanmu, kukesali.( Hanya sebuah puisi kosong...!)
Gersang berolah mengubah warna
kering memungkir peradaban
beralih selera membuka ruang
tasik hati, berombak gelora buas
menadah restu, hujan menghantar ikhsan
teratai tersenyum, madah kau dendang
terapong di permukaan, dasar hati
mencongak anganan
Indah ungkapan, melata menawan
tersimbah warna memuja nyawa
berseloka, berkias sketsa cinta
merayu, berlagu mengait mesra
minda mendesak, hadir berpura
mengarah fungsi merata
Mainan aksara berdinding salju
panas mentari membakar palsu
cerah seluruh, meluruh aksi
terlanjang kepalsuan diri
selama mencari, angan mengisi
dalam kepuasan sepi, tak bererti
permainanmu, kukesali.
Moyyu.
15.4.2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment