koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 17 April 2013
Kilauan cahaya rindu buatmu
Melayari sedalam dasar lautan
terdiamku, membilang waktu
keluku, tiada bicara bertamu
semakin samar mendakap kegelapan
mencariku, dikejauhan kuredha
Berombak rasa pada usikan
hadir di kamar kerinduanku
terbuka jendela rindu melambai
angin malam mengirm rindu
kugapai indah dalam lenaku
menjadi kelambu malamku
Bercumbuku, pada kedinginan pagi
embun mengusik lagi bersama dingin
mendakapku kembali, kerinduan mendatangi
membawa wajah kasih, kusenangi
lalu kuikat di jungtaian renda biru
kilauan cahaya rindu buatmu.
Moyyu.
17.4.2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment