Zoo terbuka
banyak makhluk pelbagai rupa
dari sekecil hama
hingga sebesar garuda
putih ada
hitampun ada.
Dalam banyak makhluk yang ada
ada seekor yang suka bermuka-muka
beruk hitam kilat bulunya
suka menonton filem Copa Cabana
sehingga terbawa-bawa ke alam nyata
menari twist layar terbuka.
Dalam banyak adengan di mata
ada satu babak yang paling aku suka
sering dijaja beruk geliga
resepi temberang gegendang telinga
cerita kehidupan penuh berpura
sambil mengisar pisang kegemarannya.
Segala perencah dibawa ke dalamnya
dari susu pemberi tenaga
sehingga rempah ratus diraja
berenang-renang timbul tenggelamnya
bersama bahan yang paling disuka
si daun kaduk junjung kepala.
Selepas minum si beruk bertenaga
baru senang berangan menjadi raja
tipu muslihat tak perlu berkelip mata
temberang setinggi marhamnya
setinggi tingkatan marham jagatraya
hanya ada di zoo terbuka.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
02/09/2014.
ada seekor yang suka bermuka-muka
beruk hitam kilat bulunya
suka menonton filem Copa Cabana
sehingga terbawa-bawa ke alam nyata
menari twist layar terbuka.
Dalam banyak adengan di mata
ada satu babak yang paling aku suka
sering dijaja beruk geliga
resepi temberang gegendang telinga
cerita kehidupan penuh berpura
sambil mengisar pisang kegemarannya.
Segala perencah dibawa ke dalamnya
dari susu pemberi tenaga
sehingga rempah ratus diraja
berenang-renang timbul tenggelamnya
bersama bahan yang paling disuka
si daun kaduk junjung kepala.
Selepas minum si beruk bertenaga
baru senang berangan menjadi raja
tipu muslihat tak perlu berkelip mata
temberang setinggi marhamnya
setinggi tingkatan marham jagatraya
hanya ada di zoo terbuka.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
02/09/2014.
No comments:
Post a Comment