koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 5 September 2014
PERSAUDARAAN
Terkadang aku sedih
diluah mati emak, telan pula mati bapa
hingga sakit di sebelah kepala
memikirkan kenapa perlu ada
merah mata dibawa dada
busuk hati antara,
sesama.
Sehingga hilang kemesraan yang ada
saudara bagai bermusuhan ... ,
bersawang lama.
Sedangkan kita adalah saudara.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
31/08/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment