Kau kulihat penuh indah
keayuanmu persis bidadari syurga
cantik, berseri dan bergaya
namun itu semua hanyalah biasan cuma
keindahanmu...palsu semata-mata.
Kulihat engkau bagaikan diva
keterampilan persis seniwati dipuja
anggun penuh lagak gayanya
berkata-kata...sering mendabik dada
namun kosong tiada beraura.
Wahai Cik Diva...kamu jangan terlupa
bahawa dirimu seumpama;...
bunga palsu yang tiada beraroma
dicium hidu...tiada kasturinya
cuma buatan tangan dari kilang sahaja.
ssz/spl/pm...02/4/2012.
Tambah kapsyen |
No comments:
Post a Comment